Tuesday, December 29, 2009
Tahun Akhir OUM BIT
Doakan kejayaan saya menyiapkan tesis akhir BIT di OUM semoga mendapat Ijazah yang berguna untuk diri dan bangsa ku
Saturday, December 5, 2009
Permata Pintar UKM
Selama 2 minggu berkampung di UKM semakin erat pertalian persaudaraan kami . Hari-hari yang berlalu terlalu indah kurasakan. Hari ini sabtu 5 december 2009 kami beramai-ramai menerokai alam sains di KLCC .Bermacam ragam perangai murid2 pintar meneroka alam maya. Selepas itu kami beramai2 memenuhi ruang bowling di Kajang Mall. Masih ada dikalangan mereka yang pintar ini tidak meminati sukan ini . Mudah untut kita membentuk dalam masa yang singkat atas kecerdasan mereka ini.
Thursday, November 19, 2009
Thursday, October 15, 2009
Pemantauan Kelas Pemulihan
Pada 29.09 2009 sempena hari lahirku yang ke..........Saya telah mendapat panggilan daripada seorang pengetua salah sebuah sekolah Men Daerah Seremban . Panggilannya membuatkan aku terkedu seketika . Kerana beliau memberikan jangkamasa 1-9 .Oktober untuk hadir ke kelas ku dan memantau segala persiapanku sebagai guru cemerlang BM Pemulihan . Sebelum kehadirannya segala persiapan telah kuaturkan dari sekecil-kecil bahan hinggalah sebesar-besar bahan .Maka disini ingin saya kongsikan bersama untuk tatapan pengunjung laman saya ini .
Monday, October 12, 2009
Sunday, October 11, 2009
Menimba Ilmu
DEFINISI (PROF. ATAN LONG)
Bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang boleh diterima oleh masyarakat
Lisan .Melalui penguasaan lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat. Dengan itu mereka akan lebih berani, suka dan rajin bergaul.
Menurut pendapat Abu Basar Bacaan adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahaminya.
Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.